Sunday, April 10, 2011

Hurm.....Entah la...

Yuhuuu...Ary niey agak penat sikit la..Nape??Sebab layan sepupu2 aq yang datang tadi..
Hahaha..Love them all..Mmmuuuaaahhh...Besz la walaupon penat sikit..hehehe

Tapi sebelum dorang balik mak2 sedara aq de tanya pasni nak gi ane..Mak aq tolong jawabkan yang aq nak sangat masuk matrik..Tapi dorang ramai yang suroh aq amik diploma teruz..Tak payah amik matrik..
Kalau aq amik matrik setahun tu aq kne struggle lbey la..Tak bole men2..

Kalau at u law 1st sem tu xbole scond sem bole ag..Haha..Entah la wei..Tawaran pon xsampai2 ag..Aq pon xtaw ag nak pilih ane..Kalau bole memang nak amik matrik tapi..........
Macam tak nak gak..Tapi ni la impian aq..Dpatkn pointer tnggi2 n sambg at oversea..
New south of whale universiti...That my dream universiti..
Australia..Nak gi sane..Aq tengok at kertas matrik tu de twaran ke sana law result kite ok..



Universiti new south of whale


cantik la laut dy...

Sebab aq nak gi sane

beszny...heee

Tngu dpat result la bru aq piker an???Senang citer..heee...ok la..mlaz nak taip da..




coklat.....

Semua orang suke mkan coklat..Menurut sesetengah orang memakan coklat untuk menghilangkan stress dan macam2 lagi..Coklat juga mampu membuatkan seseorang itu berasa gembira..Tapi sesetengah orang berpendapat bahawa coklat itu tidak elok untuk kesihatan..Coklat ni memang de khasiat dan keburukannya..Namun kita harus pandai menggagak..Janganlah makan terlalu banyak coklat..






Hari ni nak kongsikan sikit2 khasiat coklat..Lemak koko dalam coklat merupakan sejenis lemak tak tepu yang berperanan merendahkan kolestrol..Selain tu coklat juga terdapat bahan yang boleh mengelakkan kerosakan pada gigi..Antara bahannya ialahtannin,kasein dan asid kosalik..Tannin ialah sejenis bahan yang boleh mengelakkan bakteria daripada membiak..Kasein pulak mengurangkan plak pada gigi dan juga membantu pertumbuhan gigi..




Coklat juga mempunyai sejenis kimia yang boleh mengelakkan sakit jantung..Selain itu juga coklat boleh membekalkan tenaga..




Itu sahaja untuk hari ini..Esok sambung lagi ea.heeee..Bye3...

p/s:still smpan krts coklat yg org bg..aq ske kmpul..ltak dlam album..


Saturday, April 9, 2011

Lembutnya....

Urm..Memang lembot tol aq tengok..Kalau la aq de cmtu..Besz2..Nak gak macam tu..Bole la..Nak gak macam tu..hahaha..Kowunk pon mti nek pning..Pela yg Fizah ckap ni ea??hahaha

Aq skunk ni ske tengok orang men parkour at youtube..Lembutnya bdan dowunk..Besz giler arr tengok..Aq de tengok 1 pertndingan parkour at tv..Tp xigt at ane..Tu slingan tme iklan..Pastu stay jew at ctu tengok..Besz2..bagi aq lbey besz dri breakdance n shuffle..Tal cilap aq name dy Parkour ultimate challenge..
yeke??Entah la...Aq pon xigt..Ni de skit tentang parkour..Law mau taw kelik cini..

pengasas parkour

cantik dorg wat..

Kalau nak tengok David Belle puye aksi plg besz tengok at bawah niha..Memang besz giler la...




Layan aje la yea???That all for today...




Friday, April 8, 2011

Adushhhh...Tido aje keja..

Aq benc ari nih..Nak taw nape??Sebab banyak tol masalah yang melanda..Tension aq ari nih..Arrghhhhh..Benc2..Semuanya berlku at driving skul..Sume la wat aq tension..
Thankz to my prend yg bg support at aq nih ea..Eriza ezrin,Nuraswani..Kowang la yg bg smgat at aq nih..Mententeramkan hatiku nih..Sayang kowang belli much la dear..Tak nak cite pe yg wat aq smpai jadi gtu hahaah..

Ari nih aq balik lmbat ag..Bse la tu..Law gi cini mmg balik lmbt..Smlm ari 1st aq balik lambat..Sebelom ni ma aq yg jmpot..Tu pon sbab de hal at Pilah..Dari kol 11 lbey sampai la kol 3 aq tdo...
Tdo at suro aje..Tu pon de tman..Kak fariha..due2 tdo smpai xigt dnia..Haahaha

Sape swoh dorang nak anta kitorang lambat..Tido at suro ni mcam tido dlam iman..hahahah
Gini la lbey kurg..haha

Pas smayg zohor xbole tido da..Pening2..haha..So aq bblas mesej jew la ngan kwan2 aq..Aq tengok sbelah sedapny akk tu tido..Kalau la aq bole..Aq law da tido bgun blik xbole tido da..hahaha..So hanya mampu tengok aje..Tapi walaupon gtu tu la yg paling lame aq tido at ctu...Sampai xsdo org gi smyg jmaat bile..

Kol 4 bru kitorg kuar gi mkan..Yummy..Tmat suda my entry..Esok xtaw de entry baru ke x..Esok mak2 sedara mau datang..MMMMUUUUAAAAHHHH...Sayang la shama kowank..




Thursday, April 7, 2011

Belajar lagi...

Yuhuu..Ari niey aq gi blaja membawa keta ag..Poning2..Dalam 1 hari aq belajar semua sekali..Bayangkan..Bile aaq tya kawan2 muadzam dorg belajar satu2..Mule2 gi tengok lu dak laki tu wat.Sambil2 tu cikgu bagi pnerangan..Dengo aje la..Aq berempat dalam tu termasuk cikgu dan dak laki uw..


Mule2 belajar bukit..agk pning la aq nak igt..Tp tengok dak  uw buat mcam snang jew..Aq n kak long(ank kwn ma aq) dego btui2 nih..Tya2..Pasni kena wat sdiri lak..At sini yg pling pyah nak wat aq ase 4 step nak trun bkit uw..Tkan minyk smpai 4..pastu lpaskn cluth plhn jew smpai mndap..Bile da mndap tu tkan mnyak 2 stengah lak..Then trunkn handbrake..hahaha..mcam snangkan..Tapi bile da wat mmg ssah..Aq ssah nak dptkn mnyk yg dy nak..Then bile da trun handbrake aq selalu ttkan clutch balik n mnyk tu trun balik.Lagi satu yg at bkit yang aq ssah nak wat time nak kena selarikan crmin sisi dengan tiang at atas uw..Kdang 2 da la x slari tyar pon xmasuk dlam grisan kning uw..hahaha..

Nak kena macam ni ha..



Salah dah ni..Lebih grisan..

Pastu belajar parking lak..Bole la tahan senang ar gak..Tapi banyak step nak kena wat..Kena belok kiri la..Aq dah la xnampk tyar tu..Susah tol..Sakit tangan aq nak tengok lua tu..Adushhhh...Memang sush nak tgk luo..Lagi 1 aq ssah nak mngagak ckit.Ikut bahu la..Ini la..So aq juz wat pe yg cgu swoh..Cgu swoh psing aq psing..Hahahaha


Akibat salah parking..hahaha

Then blaja 3 penjuru lak..Yang ni pon agak senang..Yeke??Sumenya aq kate senang..Tah pape..Bile time buat hancusss..hahaha...Laju sangat la..Macam2..Name pon 3penjuru..Kena wat 3 step jew la..Aq kadang wat sampai 4 step..Suke bhenti..Kdang tu aq ase aq tak tekan breake pon..Tapi dy bhnti..Mcam mna ea??Entah la..

Pastu cgu de tunjuk at aq jalan raya 3..Hak yang paling senang..Jalan raya tu de 3..Yang 1 n 2 esok..kena gi lagi la esok..

Bye3...









Wednesday, April 6, 2011

love this song!!!


Sejak dah tengok video klip dy aq hampir2 nak menitis air mata..Agak sedih tengok video dy..So at cini aq pon nak share pe yang aq suke ngan korang..Mane taw korang pon suke gak nak join..hahaha

LIRIK LAGU AWAN NANO NI HAA....

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan...awan
Pabila terik-panas
Segera hadirnya memayungi.. diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan... kasehnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi ...
dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai... jejarimu

Kasehnya
Kaseh tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekaseh sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu... ooooo-ooo

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan... awan
Sehingga tak mungkin terlupa
berikan belas sedari... dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitispun air matamu...kasehku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi..
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai... jejarimu

Kasehku
Kaseh tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Aku pelindung dirimu sayang
walaupun tak akan tercapai jejarimu... oooo-oooo

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi ...
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai.. jejarimu

Kasehku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu...woooo-woo..


korang layan la video klip dy nih..so law nak tengok cini daaa..then jangan lupe ea.cakap yang korang sedih..hahaha




Tuesday, April 5, 2011

Berkunjung ke pintu taubat

Pagi itu suasana hening sahaja.Kedengaran bunyi seruan azan mengejutkan aku yang sedang lena diulik mimpi indah.Ayam turut berkokok seperti tanda mengejutkan manusia supaya bangun dari tidur dan segera menunaikan perintah wajih dari Ilahi.Aku bergegas bangun dan pergi ke tandas untuk mempersiapkan diriku ke kelas seperti biasa.Eh,hari ini hari sabtu.Aku hampir terlupa.Aku sekeluarga akan pulang ke kampung halaman di Kedah.Selepas solat subuh aq berdoa dan memohon kepada Yang Maha Mendengar.

Ya Allah,ampunkanlah dosa-dosaku,dosa kedua ibubapaku,dosa guru-guruku,dosa rakan-rakanku dan dosa seluruh umat Islam yang berada di muka bumiMu ini sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.Semoga roh-roh mereka berada yang telah menghadapMu dicucuri rahmatMu..

Itu adalah doa ringkas ku setiap hari selepas aku usai mengerjakan solatku.Tetapi setiap hari aku akan menambah isi doaku..

Ya Rabbi,berikanlah aku kekuatan dan ketabahan hati dalam menempuh segala cabaran dan dugaan yang telah kau berikan kepadaku.Berikanlah aku petunjuk dan Nur Mu agar aku tidak tersesat dari jalan kebenaranMu.Kurniakanlah aku seorang temanhidup bergelar suami yang akan membimbing dan menyinari hidupku dunia dan akhirat.Jangan biarkan aky lalai dan alpa seperti dahulu,Ya Allah.bimbinglah aku ke jalan redhaMu.Jauhkanlah aku daripada dosa dan maksiat.Temukanlah aku orng yang mencintaiMu.Andai tiada cinta insani buat diriku cukuplah Engkau sebagai penyeri dan penyuluh hidupku.Semoga kelak,akan hadir cinta seoranh insan yang mencintaiMu sebagaimana cintaku padaMu.Temukanlah aku dengan cintamu,Amin ya Rabbal A'lamin


"Kakak,cepatlah sikit.Orang dah nak pergi dah ni!!"adikku yang bongsu,Firdaus,menjerit memanggilku.Tersentak aku!Aku cepat-cepat siap memakai tudung labuh 60 inci berwarna hitam dan memakai bedak ala-ala kadar sahaja kerana terburu-buru."Awalnya,baru pukul 8.00 pagi.Hmmm.."Aku mengeluh sendirian.Aku dan kakakku bergegas masuk ke dalam perut kereta.Kami sekeluarga ingin pulang ke kampung kerana ada kenduri kahwin.Kami naik kereta Naza.Aku duduk di bahagian belakang bersama adik-adikku.Aku memang suka duduk di tepi tingkap dan termenung sendirian.Haha..Itulah aku!!


Tit..Tit..Bunyi mesej menyedarkan aku daripada lena.Adik-adikku sudah nyenyak tidur.Ayah masih tekun memandu."Kacau je mesej ni.Ish..siapa pula bagi aku mesej pagi-pagi buta ni?".Aku mengeluh sendirian dalam hati.Tertera nombor telefon yang tidak aku simpan dalam'sim card' aku tapi masih berada dalam 'sim heart' aku.Aku segera membaca isi mesejnya.


"Salam.Selamat pagi.Lama sudah kita tak berborak kan?Saya rindukan awak.Saya tahu antara kita tidak ada apa-apa lagi.Tapi,saya tetap tidak boleh melupakan awak.Please Nur..Saya nak awak semula."


Aku membaca dengan tenang.Aku memang tidak merasa apa-apa perasaan setelah aku insaf daripaada kejahilan dosa dan maksiat.Ya,ini nombor Aliff Imran,bekas 'couple' aku.Patutlah aku seperti kenal sahaja.Aku termenung seketika.Mengimbau kembali kenangan lalu yang tidak ingin aku ulangi lagi.


Tarikh keramat 27.3.2008,aku dan Aliff Imran rasmi menjadi pasangan 'couple'.Aku,Nur Syazlina dan Aliff Imran menjadi 'couple'.Memang ramai dalam kalangan pelajar yang sudah 'couple',termasuklah aku dan dia.Melalui berbalas-balas mesej,aku dan dia sering saling merindui.Kami satu sekolah,satu tingkatan, tapi berbeza kelas.kami sering terserempak tapi jarang berjumpa atau bercakap.Sejak mula lagi kami telah berjanji agar tidak terjebak dan terjerumus ke arah maksiat.Kami tetap menjaga batas-batas pergaulan.Aku dan Im tidak seperti pasangan lain.Kami hanya berbalas mesej.Nak bergayut di telefon jauh sekali.Hanya kadang-kadang dan amatjarang sekali.Jauh di sudut hati aku ingin bergayut seperti kawan-kawan aku yang lain.Namun aku tahu ,itu hanya akan menyebabkan hatiku sentiasa lalai dan rindu.


5 bulan aku dan Im bersama.Sijil Penilaian Malaysia semakin hampiir.Aku dan Im sentiasa memberi semangat dan moral melalui bersama-sama maju dalam pelajaran melalui mesej.Aku menyimpan semua mesej-mesejnya.Sayang aku nak padam.


Suatu hari,aku dan kawanku berjalan-jalan di sekolah tatkala guru tiada.Kami berjalan pergi mencari guru.Tapi lain yang aku temui.Di sebuah kelas tingkatan 6,aku temui beberapa helai kertas yang ditulis tajuknya "Renungan Bersama Tentang Cuople".Menarik tajuknya.Ada kena-mengena dengan aku.Aku hendak membacanya tetapi kawan aku tidak sabar hendak masuk ke kelas.Lalu aku ambil walaupun tidak tahu siapa empunya kertas 4 helai itu.Semasa rehat,kelasku kosong,Semua kawan-kawanku pergi ke kantin kecuali aku kerana hendak menyalin sedikit nota.Usai menyiapkan nota,terketuk hatiku ingin membaca 4 helaian kertas tadi.Aku membacanya dengan penuh kusyuk dan penghayatan.Hampir sahaja air mataku ini ingin membasahi bumi.Hatiku bernisik perlahan.


Ya Allah,apakah selama 5 bulan ini aku lalai dan berdosa kepadaMu?Apakah hubungan aku dan Im tidak mendapat restuMu?Apakah kami berdosa?Apakah insan yang bergelar 'couple' itu mendapat dosa?Apakah rindu,mesej dan bercakap di telefon dengan Im selama ini satru perbuatan yang berdosa?


Hatiku dihentak bertubi-tubi soalan.Rasa bersalah dan berdosa pada Allah menyelubungi hatiku.Benarkah jalanku ini?Berdosakah aku?Hatiku tidak berhenti-henti bertanya.

Sampai di rumah,aku tidak berselera hendak makan kerana asyk memikirkan tentang isi 4 helaian teersebut."Renungan Bersama Tentang Couple" memberitahuku tentang ayat-ayat Allah yang melarang pergaulan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi tentang berhubungan tanpa sebnarang urusan yang penting.Memandang.berjumpa,mesej yang tidak penting juga adalah tidak boleh.Aku masih tersentak dengan isi yang berbunyi-


Ingatlah, selagi kita masih belum bernikah,hubungan sebelum itu tidak pernah diiktiraf oleh Allah.Hanya hubungan selepas nikah sahaja medapay pengiktirafan daripada Allah.Kata-kata sayang,cinta,rindu,suara merdu dan manja,bersentuhan dan berpelukan itu hanyalah untuk yang halal bagi kita sahaja.Sia-sia saja kita membazirkan semua itu untuk kekasih hati kita.Apa yang kita dapat??Hanyalah dosa semata-mata.Janganlah dikongsikan semua itu dengan ajnabi sebelum kita bergelar suami isteri.Ingatlah semakin manis hubungan sebelum bernikah,semakin hambar dan tawar hubungan selepas bernikah.


“Katakanlah kepada lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (Surah an-Nur, ayat 30)
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka...” (Surah an-Nur, ayat 31).



Betul apa yang dikatakan!Aku berdosa Ya Allah!Aku selalu merindui dia,aku pernah memberi kata-kata rindu dan sayang kepada dia!Aku pernah bertemu dengannya!Aku pernah bercakap dengannya dalam telefon!Aku berdosa Ya Allah.Ampunkan hambaMu ini Ya Allah
Apa yang perlu aku lakukan Ya Allah?Putus?Kuatkah aku nanti Ya Allah?Kuatkanlah hatiku nanti.Aku mengharap redha dan keampunanMu Ya Allah!


Tit..Tit..Bunyi mesej membuatkan aku tersentak dati memikirkan tetang keputusabku untuk memutuskan hubunganku dengan Im..


"Salam rindu untukmu.Tengah buat apa tu?Dah makan?Malam ni saya nak call awak boleh?Rindula..Huhuhu"


Mesej rindu dari Im.Aku keliru!Rasa berdosa dan bersalah mila menyelubungiku!Rindu?Call?Ya Allah aku dan Im berdosa!Ampunkan kami Ya Allah!Aku membalas mesejnya.


"Salam.Saya tengah sibuk sikit buat homework ni.Saya dah makan.Kenyang dah,Alhamdulillah.Call??Tak perlulahLagipun membazir kredit awak je.Malam ni kan saya ada kelas tuisyen.Harap awak faham.Kredit saya tinggal sikit ni.Lain kali kita mesej lagi ye.Tunggu saya 'topup'.jaga diri baik-baik.Salam."


Aku memang tak ada mood nak mesej dengan Im sekarang.Usai solat zohor,aku kembali memikirkan keputusanku untuk memutuskan hubunganku dengan Im.Macam mana nih??SPM lagi 3 bulan je ni.Boleh ke aku fokus kat SPM kalau aku dah putus nanti?Apa kaitannya?Macam-macam soalan bertandang dalam tempurung kepalaku ini.Tidak tahu soalan yang mana satu hendakku jawab dahulu.Semuanya aku biarkan bersarang di otakku.Aku memang tidak ada jawapan lagi!

Malamnya,aku tidak ke kelas tuisyen.Aku memberi alasan pada ibuku bahawa aku hendak menyiapkan homework yang bertimbun ini kerana akan dihantar pada hari esok.Usai menyiapkan semua kerja homeworkku,aku kembali merenung tentang Im.Aku kena putus ke?Putus?Putus?Sanggupkah akuPutus?Hanya persolan putus yang bermain di benak fikiranku ini.Aku ingin mendapatkan jawapannya daripada Allah.


Jam menunjukkan menunjukkan pukul 11.00 malam.Aku segera berwuduk untuk menunaikan solay Isyak.Kemudian,aku menunaikan solat sunat Istikharah pula untuk mendapatkan jawapan daripada persoalanku yang tidak dapat aku jawab tadi.Usai solat,aku merintih dan berdoa kepada Allah agar memberikan petunjuk kepadaku agar terus berada di atas jalan lurusNya.Hatiku cenderung untuk memutuskan hubunganku dengan Im.Hubungan ini hanya membuatkan hatiku dan hatinya hitam dan kotor oleh dosa dan maksiat.Ampunkan kami Ya Allah!Sia-sia saja!Mujurlah belum sampai setahun hubungan kami.baru nak masuk 8bulan.Masih sempat untuk aku memperbaiki keadaan.Aku ingin berkata kepadanya bahawa couple itu dosa.Bukan itu sahaja,berhubungan dengan bukan muhrim tanpa sesuatu ursan yang penting seperti bersms,bercakap di telefon,berjumpa juga adalah berdosa dan menuju ke arah perzinaan!Nauzubillah!


Tapi sayang,hasratku tidak tercapai kerana aku tidak mahu lagi berjumpa dengan Im.Aku hanya menulis sepucuk surat buat Im untuk meminta putus daripadanya.




Salam buat Aliff Imran......


Saya tahu,sudah 2 minggu kita tidak berhubung.Mungkin awak marah saya.Mungkin awak sakit hati dengan sikap saya yang tidak membalas mesej-mesej awak seminggu yang lepas.mungkin awak ingat saya dah ada cinta lain.Ya,saya memang sudah ada cinta lain.Saya sedang mencari cinta Allah.Saya tak nak lagi kita berhubungan seperti dulu.Saya nak putus ngan awak.Saya harap awak hormat dan terima akan keputusan saya ni.Sama-samalah kita mencari cinta Ilahi untuk mengisi kekosongan sanubari kita.Tolong jangan balas surat ini.Akhir kata dari saya,Buatlah yang terbaik untuk SPM awak.Semoga berjaya dunia dan akhirat.Saya takkan pernah lupakan persahabatan yang pernah terjalin antara kita.Saya mohon awak melupakan cinta monyet kita ni dan cari cinta Ilahi.


Wassalam.


Ringkaas sahaja isinya.Aku memang tidak mahu memanjangkan cerita.Esok aku nekad untuk memberi surat itu kepada kawanku,ira untuk diberikan kepada Im.Ira adalah jiran terdekat Im.dia selalu menjadi orang tengah antara kami.Dialah yang menjadi postman antara kami.Terima kasih Ira.


Kini aku single!Yeah!Aku berdoa kepada Ilahi.Doa taubat seorang pencinta.


Ya Allah,Kau tetapkanlah hatiku supaya tidak tersimpang dari jalanMu ini.Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penerima Taubat.Berilah kekuatan kepada hamba untuk menhadapi godaan keremajaan ini.Anugarahkan kepada hamba perasaan benci kepada maksiat.Hiasilah hambaMu ini dengan akhlak yang mulia.Ibu dan ayah,anakmu ini berdosa.Engkau telah menjaga diriku sedari kecil dengan kasih sayanng.Mengapa aku tidak membalas kasihmu??Aku curahkan kasihku kepada orang lain.Orang yang belum pasti lagi menjadi milikku.Oh Tuhan,hambaMu ini berdosa..Ampunilah hamba,Ya Allah.Terima kasih Ya Allah kerana menerima taubatku ini.Bimbinglah hatiku ini agar tidak tersesat lagi.Aku ingin bertemu cintaMu Ya Allah.Redhailah kehidupanku dunia dan akhirat.Amin ya rabbal 'alamin.


"NUR...!!"tersentak aku dari lamunanku.Namaku dipanggil oleh ayah.Ayah menyuruh aku menemani adik bongsuku,Aisya pergi ke tandas.Aku turun menemaninya.Aku membawa handphone kesayanganku bersama.Aku membalaas mesej Im.Lama betul aku mengelamun.Ada lagi 1 jam setengah perjalanan untuk kami sekeluarga sampai ke kampung.Sementara menunggu adikku,Aku membalas mesej Im.

"Salam Im.Nur dak tak pernah ingat dekat Im.Buat apa Im nak ingat dekat Nur??Lebih baik Im ingat dekat Pencipta kita.Cintailah yang Mencipta lebih dari yang dicipta.Ingatlah,Sia-sia dan berdosa saja Im salurkan rindu dan ingatan Im untuk Nur.Allah tahu segalanya!Ada jodoh takkan kemana.Salam terakhir dari Nur."


Aku berbisik dengan hatiku.Terima kasih Im di atas secebis cinta yang Im berikankepada Nur.Andai tiada cinta Im,tidaklah Nur insaf daripada kejahilan cinta buta ini.Alhamdulillah.Semoga Allah mencampakkan rasa insaf dan cinta kepadaNya dalam hati Im juga.


Tamat.....









p/s:amik entry tok bape ary yg aq x update..cerita ini dicilok dari drama persembahan sekolah adikku..hahaha