Sunday, February 27, 2011

My Simple breakfirst

Apa yer aq nak makan tok breakfirst ari ni??Urmm..Jom pi tngok peti ais at uma aq.Aq nmpk roti burger,sosej,telur.Tiba-tiba aq dapat idea nak makan pe pagi ni.Makan burger lar.Tapi aq nak wat len cikit.Aq nak wat Benjo sosej.Macam sedap.

Bahan-bahan

Roti burger       1
Sosej               1
Telur                1
Timun
Kubis
Marjerin
Mayonis
Sos

Cara-cara

  1. Panaskan kuali leper ataupun kuali memasak burger.
  2. Sapukan marjerin atas kuali untuk dijadikan minyak.
  3. Potong roti buger menjadi dua.
  4. Sapukan marjerin jika mahu.
  5. Masak roti burger atas kuali.
Cara-cara membuat benjo sosej

  1. Pecahkan sebiji telur di dalam bekas.
  2. Hiris sosej halus-halus.
  3. Masukkan sosej ke dalam telur dan kacau.
  4. Jika mahu boleh masukkan sekali mix vegetable.
  5. Panaskan kuali sekali lagi menggunakan merjerin.
  6. Gunakan acuan benjo untuk mendapatkan bentuk seperti benjo.
  7. Masak campuran telur dan sosej kedalam acuan.
  8. Masak kira-kira 3 minit campuran tersebut.
  9. Jika mahu titiskan seasoning ke atas campuran tersebut.
Cara menyediakan adalah seperti menyediakan burger biasa.

Tu la yang aq nak kongsi ari ni.Gambar tak ade coz dah makan baru de idea nak share tentang ni.Nanti kalau aq wat lagi aq akan kongsi gambar.

No comments:

Post a Comment