Saturday, February 19, 2011

RESDUNG?????

Seperti tajuk kat atas tu.RESDUNG.Itu la yang sedang aq alami sekarang ni.Akibat daripada penyakit ini aq sering kena selsema.Kerana????Kerana aq tak jaga pemakanan aq la.Semalam aq makan belacan dan keropok lekor. Hah.Pe lagi.Selsema ni pon kembali lagi.Kali ni aq nak kongsi sikit tentang resdung.Sumber rujukan aq ialah ayah aq dan beberapa blog yang aq baca.




Pe tu ea resdung???Menurut sumber yang aq telah baca.Resdung ini ialah radang pada lapisan rongga hidung ataupu dikenali sebagai sinus.Sinus mempunyai 4 lapisan iaitu frontal,ethmoid,maxillary dan sphenoid.Resdung ini akan bermula bila daging sebagai penapis mula membengkak.Seterusnya menyebabkan udara tidak dapat bergerak dengan sempurna dan menyebab udara akan terkumpul dalam hidung.Kesannya kulat akan tumbuh dan menyebabkan semakin membengkak.


Resdung ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu Akut dan Kronik.Resdung akut berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis.Rhinitis ialah serangan alahan yang berulang-ulang pada hidung.Kemudiannya akan menyebabkan hidung tersumbat.Ciri-ciri resdung akut ini ialah hidung berair,tersumbat dan rasa sakitberdenyut pada muka...Serangan biasanya pada waktu pagi dan akan berkurang pada waktu petang.Jika dibiarkan berterusan akan menyebab jenis resdung kedua iaitu resdung kronik.Resdung peringkat ini akan merasa kegatalan melampau pada muka,jerawat yang banyak pada muka dab sesetengah orang tidak mempunyai jerawat,kerap bersin pada waktu pagi yang kerap dan hingus bertambah namun tiada demam.

Terdapat beberapa punca resdung ini.Antaranya ialah jangkitan kuman secara berulang kali pada hidung.
Terdapat juga yang mengatakan bahawa struktur hidung yang tidak normal juga menjadi punca.Mereka yang mempunyai struktur hidung yang senget mempunyai kemungkinan besar untuk menghidapi resdung.Terdapat juga kajian yang mengatakan jika mandi di dalam sungai atau laut yang tercemar juga akan menyebab kita mudah terkena resdung.Terdapat juga yang mengatakan bahawa resdung ini boleh diwarisi melalui ibu bapa kepada anak-anak mereka.

Simpton-simpton resdung ini pula ialah kerap bersin pada waktu pagi,gatal-gatal melampau pada mata tidak kira masa,gatal-gatal telinga,jerawat belakang badan,alergik pada makanan seafood,bersin bila terhidu bau cili kering dan elergik pada habuk,rambut gugur,tumbuh jerawat pada muka,keletihan serta badan kurang sihat dan terbersin apabila terbau minyak wangi yang kuat.

Resdung dapat dicegah dengan mengelakkan memelihara binatang seperti arnab dan kucing.Sentiasa bersihkan permaidani.Elakkan makan makanan seafood terutama ketam dan udang.Banyakkan makan vitamin c.Jika tidak minat pada vitamin bolehlah gantikannya dengan buah-buahab vitamin c seperti buah oren,buah markisa,buah epal,buah pisang,buah anggur,buah plum,buah kiwi dan banyak lagi.




4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Antara cara lain nak hilangkan resdung kena kurangkan radang dahulu. Saya dah cuba memng menjadi! :)

    https://www.safiahiskandar.com/petua-mudah-hilangkan-resdung-dengan-berkesan/

    ReplyDelete