Wednesday, January 25, 2012

Cinta Kontrak!!!

Assalamualaikum..
Tepat jam 10.35 malam tamat lah cinta kontrakku..
Uit..Jangan salah faham ae..
Fizah baru jew habis baca novel cinta kontrak..
Tapi agak langkau2..
Tak sabar nak taw akhir dy..
Jap lagi fizah continue lagi..



Ni sinopsis novel nih..

"Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!" Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya.
Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.
Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato' Eddy disebuah syarikat besar.
Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.
Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?
"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.



ok la..Sampai situ jew fizah bole story..
Ni pon fizah copy jew..
law nak tahu lebih lanjut korang baca la sendiri ok??

Pendapat fizah tentang novel ni agal menyeronokkan..
Fizah suka akan watak Airysha yang happy go lucky..
Watak dia and Danial dalam nih banyak membuatkan fizah tertawa..
tapi ada beberapa bab yang agak bosan bagi fizah..
tapi tak tahu la kalau orang lain..
Namun novel nih tetap terbaek..
Agak lama dalam carta dan duduk di tempat pertama..

Sebelum fizah baca novel ni fizah de terbaca kat salah satu blog nih yang mengatakan yang novel nih
serupa macam novel bahasa inggeris tuh..
Fizah tak tahu la kesahihan dia..
Tapi frontpage dorang hampir sama..
Tapi fizah ase jalan cite dia mungkin bebeza kot..
Entah la..Tak pela..


Law korang nak cari novel ni cari la kat popular berdekatan..
kalau dah baca kasi la komen kat sini ea??
Fizah nak taw gak pe komen korang tentang novel nih..

p/s;fizah tak beli pon novel ni..hause tercinta yang beli and fizah just pinjam..



No comments:

Post a Comment