Friday, January 20, 2012

Perginya tidak kembali!!!

Semalam merupakan hari yang cukup sedih buat family mama fizah...
My beloved atuk dah kembali ke rahmatullah...
Sedih sangat...fizah semalam xsempat pon nak tengok..
Sampai2 dah kebumikan...
Walaupun fizah tak pernah pon gi hospital time atuk sakit...
Tapi fizah tetap sayang kat atuk fizah..
Atuk actually sakit..Da masuk hospital 6 hari..
Dan tepat jam 7.55 pagi atuk menghembuskan nafasnya yang terakhir..


Semalam jugak industri tanah air dikejutkan dengan dengan kepergian salah sorang artis..
Korang mesti kenalkan Izwan Pilus???



Alaaa..yang menyanyi lagu indah lelapku tu..
Abang kepada Aril..
Almarhum juga menghembuskan nafarnya yang terakhir pada 6.15 petang semalam..
Dia dijangkiti kuman pada paru-parunya..
Harap Aril akan sentiasa sabar dengan kepergian abangnya itu...

Bukan tu aje taw..
Lecture fizah time kat POLI juga dah meninggal dunia...


Beliau meninggal ketika melahirkan anaknya kembar tiga..
Beliau berserta ketiga-tiga anaknya tidak dapat diselamatkan..
Sedih sangat..
Kata orang wanita yang meninggal ketika melahirkan anak dikira mati syahid..
Alangkah beruntungnya beliau..Meninggal pada hari Jumaat..
Dan ketika melahirkan anaknya...

Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR At-Tirmizi. Al-Albani mengatakan hadis ini hasan dalam Ahkam Janaiz).

Apa-apapun yang pergi tidak akan kembali..
Kita yang masih bernafas sentiasa ingat yang kita juga akan dijemput...
Apa-apapun sama-samalah kita sedekah al-fatihah kepada mereka dan saudara-mara kita yang telah meninggal...
Doakan mereka berada dalam golongan orang yang beriman..
Amin...
Jangan kita menanggisi mereka yang telah tiada..





No comments:

Post a Comment