Thursday, April 23, 2015

Pengecualian Kredit

Assalamualaikum. Seperti yang dijanjikan entry sebelum ni aku nak bagitahu pasal pengecualian kredit kan. Firstly korang tahu tak apa itu pengecualian kredit? Pengecualian kredit nih macam korang tak payah amik certain subjek yang korang dah belajar masa diploma dulu. 

Pengecualian kredit ni korang akan buat masa minggu pemantapan siswa atau minggu destini siswa. Kebanyakkan UITM buat masa tu. So korang jangan berangan nak ponteng MPS or MDS korang tuh tau. Kang hilang information dah susah. 

Bende penting yang korang kena ada ialah transkrip masa diploma . Diulangi TRANSKRIP DIPLOMA. Pada sesiapa yang belum ambil dari UITM tu cepat2 mohon dan ambil ea. Karang tak pepasal kena ambil dari sem 1 balik. Kesian korang. Nanti masa tu korang akan diberikan borang isi elok2. Ikut arahan lecture betul. Tertinggal 1 subjek pon korang tetap kena amik balik subjek yang korang tertinggal tuh.

Pengecualian kredit nih layak bagi mereka yang daripada UITM dan kolej bersekutu UITM sahaja. Bagi u luar boleh tapi mungkin sikit dan tak sama macam kitorang. Pengecualian kredit nih bukan bagi mereka yang ambil kos under fakulti sama aja. Kos lain pon bole tapi pengecualian kredit korang sikit la. Tak sama macam korang under fakulti sama. 

Contoh korang dari fakulti business dan ambil kos degree under fakulti business macam kewangan,sumber manusia dan lain2. Pengecualian kredit korang akan ambil banyak. So korang boleh skip dalam 2 sem. Kalau fakulti lain seperti fakulti science masuk fakulti business pengecualian kredit korang sikit. So mungkin korang akan start masuk dari sem 1 or 2. So jangan sedih2 bagi orang yang dapat sikit pengecualian kredit tu. Bukan korang tak grad. Sabar sikit eyh.

Next entry insyaallah aku akan cerita pasal pengecualian kredit bagi budak finance UITM.


4 comments:

  1. salam. kena guna transkrip ori ke if belum grad?

    ReplyDelete
  2. Ya sya pun nak tanya jugak pasal sijil koko perlu tak kalau nak buat pengecualian kredit untuk kesatria

    ReplyDelete
  3. Salam, contoh kalau saya course dip in interior design under fakulti FSPU, and degree nanti saya nak tukar course in construction management under fakulti FSPU. Kiranya course lain tapi masih under fakulti yg sama. Still ambil semester 1 balik ke atau dpt skip 2 semester?

    ReplyDelete