PERCINTAAN di antara Noah Zuhairi dan Didi Dania terputik di sebalik rasa egois masing-masing. Masakan Didi Dania ingin meluahkan? Itu seperti perigi mencari timba. Noah Zuhairi mahu kata ‘aku cinta padamu’ pada Didi Dania? Dia bukan ‘mat jiwang’. Dia Mat Rock! Bila Juliana dan Razy Radin mula masuk dalam episod cinta mereka, cinta Didi Dania untuk Noah Zuhairi semakin menjauh. Didi Dania merasakan dia hanya bertepuk sebelah tangan. Dia memilih untuk menerima dari terus mengharap pada sesuatu yang tiada. Apakah cinta di antara Noah Zuhairi dan Didi Dania bisa bersatu? Hanya keikhlasan yang mampu menyatukan cinta mereka.
"Cintailah insan yang mecintai kita kerana insan yang kita cintai belum tentu mencintai kita seperti kita mencintainya. Tetapi , apakah cinta insan yang kita cintai ada untuk kita? Keikhlasan dan ketulusan cinta adalah kunci kebahagiaan,"~ Didi Dania
"Hidup tidak pernah lari dari harus membuat pilihan. Bila harus memilih, kita terpaksa mengorbankan salah satu pilihan yang ada. Tidak semua apa yang kita inginkan di dunia bisa dimiliki."~ Noah Zuhairi.
"Kadangkala, memaafkan itu lebih memberi balasan yang indah dari terus berdendam."~Razy Radin
"Saya tahu awak masih belum boleh terima saya lagi. Tapi sampai bila? Sampai bila awak mahu mnegeraskanhati awak untuk menerima saya? Dua minggu lagi kita akan disatukan dengan ikatan yang sah.
Awak akan jadi suamin sayan. Samapi bila penyisihan ini kan berlaku? Awak nak ceraikan saya selepas majlis itu. Macam tu kew?"~ Juliana
No comments:
Post a Comment