Friday, July 20, 2012

Dosa 'Tanggang' dibalas tunai

Assalamualaikum..Selamat berpuasa..Tadi Fizah baru je baca metro..So ada 1 tajuk yang fizah nak sharekan.Korang baca tajuk kata atas tu.Nih fizah bagi korang baca.

Dosa ‘Tanggang’ dibalas tunai

Oleh Rashidi Karim
am@hmetro.com.my
INSAF...Abdul Rahman kini tinggal di Rumah Sejahtera, Batu Bertangkup.
INSAF...Abdul Rahman kini tinggal di Rumah Sejahtera, Batu Bertangkup.
PADANG BESAR: “Sekarang baru saya sedar dosa saya terhadap ibu dibalas tunai, tidak perlu tunggu di akhirat,” kata Abdul Rahman Talib, 60, yang kini tinggal di Rumah Sejahtera, Batu Bertangkup, di sini, selepas diabaikan isteri dan anaknya.
Kira-kira 10 tahun lalu, ibunya, Allahyarham Lijah Kasa menghuni rumah kebajikan sama selepas Abdul Rahman terlalu mengikut kehendak isteri dan membiarkan isterinya menghalau ibunya keluar dari rumah.
“Saya mengakui terlalu mengikut telunjuk isteri hingga mengabaikan ibu. Saya langsung tidak mengambil peduli nasib ibu dan hanya mengetahui arwah ditempatkan di sini (Rumah Sejahtera) selepas setahun arwah dihalau keluar dari rumah yang didiami bersama isteri di Bukit Kecil, dekat sini.

“Malah, bilik ibu sebelum ini bersebelahan bilik saya duduki sekarang,” kata Abdul Rahman ketika ditemui.


Menurutnya, sebelum ini dia difahamkan ibunya bergelandangan beberapa hari selepas dihalau keluar dari rumah dan ada ketikanya dia bermalam seorang diri di kandang kerbau yang diubah suai buat sementara sebelum diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sepatutnya kita sebagai anak tak bole la mengabaikan ibu bapa kita.Kehidupan kita seperti roda.Kalau kita berada di atas satu hari nanti mesti kita akan berada di bawah.Kita juga akan merasa apa yang dirasakan oleh orang tua kita nanti.Oleh itu hargailah orang tua kita jika kita tidak mahu anak2 kita melakukan perkara yang sama kepada kita. :) 

No comments:

Post a Comment