Saturday, July 28, 2012

Kasihnya ibu!!







Kisah ini diceritakan oleh cikgu Fizah masa Fizah sekolah.Masa tu form 3.Cikgu Fizah cakap ini kisah benar.Cikgu Fizah diamanahkan untuk menceritakan kisah ni kepada orang lain supaya dijadikan pengajaran.Kali ni Fizah ceritakan pada korang.Tapi mungkin ada yang Fizah tokok tambah sikit dan nama Fizah tuka sebab tak ingat sangat.


Mak Esah merupakan seorang ibu tunggal kematian suaminya.Dia mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Mira.Untuk menyara mereka berdua Mak Esah berniaga kecil - kecilan.Mak Esah berniaga kuih pada setiap pagi.


Mira merupakan seorang pelajar yang sangat pintar disekolahnya.Dia sering dijadikan contoh di dalam kelasnya.Untuk mengulang kaji pelajaran Mira sering keluar tak kira siang atau malam.Mak Esah tidak pernah melarang kemana Mira hendak pergi kerana dia terlalu percayakankan Mira.Namun begitu Mira merupakan seorang yang suka melawan kata - kata ibunya tapi tidak pernah dimarahi oleh ibunya.


Setelah tamat SPM dan tidak lama selepas itu keputusan SPM pun keluar.Mira telah mendapat keputusan yang cemerlang dengan mendapat straight A.Betapa bersyukurnya Mak Esah.Mak Esah gembira kerana dia yakin nasib keluarganya tidak lama lagi akan berubah.Dengan keputusan yang cemerlang itu Mira melanjutkan pelajaran ke unicersiti yang terkemuka di malaysia.Sepanjang belajar di sana Mira tidak pernah balik menjenguk ibunya.


Pada suatu hari, ketika sedang duduk di ruang tamu rumahnya, seorang posmen telah menghantar bungkusan kepada Mira.Oleh kerana Mira tidak ada dalam rumah pada ketika itu,Mak Esah meletakkan bungkusan itu dalam bilik anaknya sahaja.Dia tidak mahu membuka bungkusan milik Mira.Sehinggalah sepasukan polis telah datang kerumahnya.


Polis:Puan adakah Cik Noramira binti Isa tinggal disini?
Mak Esah:Ya,tapi kini dia sedang melanjutkan pelajaran.Saya ibunya.
Polis:Maaf Puan kami terpaksa mengeledah rumah puan kerana anak puan disyaki mengedar dadah.
        Kami mendapat maklumat satu bungkusan yang berisi dadah telah dihantar kesini.


Mereka telah mengeledah rumah mak Esah dan menjumpai bungkusan milik Mira.Terkejutlah Mak Esah namun Mak Esah menidakkan bungkusan itu milik Mira.Mak Esah telah mengaku sebenarnya bungkusan itu miliknya.Mak Esah telah diberkas dan dihantar ke penjara.


Mak Esah telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.Namun Mak Esah tetap tenang.Sepanjang Mak Esah tidak pernah sekalipun Mira datang menjenguk.Sepanjang didalam penjara Mak Esah telah diberikan seorang ustazah untuk mengajarnya agama sementara menunggu waktu digantung.Setiap hari Mak Esah akan menanyakan tentang anaknya kepada ustazah itu.Mak Esah sering meluahkan perasaannya pada ustazah itu.


Seminggu sebelum Mak Esah digantung Mira telah diberikan sepucuk surat.Mira telah diarah datang untuk menjenguk ibunya itu.Namun Mira tidak pernah datang menjenguk.Sehinggalah sehari sebelum digantung.


Mak Esah:Assalamualaikum.Anak mak sihat?
Mira:Mak.Mak tak payah nak tunjuk baik sangat.mak buat malu Mira aje.Mira tak sangka mak   sanggup jual dadah.Apa Mira nak cakap kat mertua Mira.Mira tak ibu macam mak.Mak bukan ibu Mira.Mira malu nak mengaku mak ibu Mira.Mira dah berkejaya mak.Tak kan Mira nak ngaku ibu Mira bakal digantung kerana jual dadah.
Mak Esah:Tak apalah Mira.


Mira terus keluar dari situ.Dan tibalah hari pengantungan Mak Esah.Mira tidak datang melihat Mak Esah.Setelah digantung mak Esah telah dikebumikan di kampungnya.Keika pengebumian itulah baru Mira datang.Dia telah membawa suaminya sekali.Tetapi dia tidak memberitahu suaminya bahawa yang meninggal itu ialah ibunya sendiri.


Namun suami Mira telah mendapat tahu juga melalui orang kampung yang datang.Bertapa marahnya suami Mira.Mira telah ditampar.


Khalid:Saya tak sangka masih ada anak seperti awak.Yang sanggup tidak mengaku ibunya.Walaupun ibu awak itu adalah pengedar dadah tapi dia tetap ibu awak.Maaf.Saya rasa saya tidak mampu bersama dengan awak lagi.Jika awak sanggup berbuat macam itu pada itu pada mak awak tidak mustahil awak akan bebuat begitu pada mak saya.
Mira:Maafkan saya.Saya betul2 menyesal.Saya janji saya tidak akan buat macam tu lagi.Mak maafkan Mira mak.Mira tahu Mira telah berdosa pada mak.
Khalid:Tak guna awak mneyesal.Mak awak dah meninggal dah pun.


Lalu Khalid pun meninggalkan Mira menanggis sendirian.


p/s:sorie la Fizah tak pandai bercerita.Ayat agak tunggang langgang.

No comments:

Post a Comment