Thursday, July 26, 2012

Permohonan Kemasukan Politeknik sesi Disember


Permohonan ke Program Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) Sesi Disember 2012 telah dibuka dan boleh dilakukan melalui aplikasi dalam talian (ON-LINE) dengan melayari laman web www.politeknik.edu.my mulai 8 Ogos 2011.
Untuk mengakses e-Borang, pemohon mesti mengisi nombor kad pengenalan dan nombor PIN.
Pemohon diminta membeli nombor PIN di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran seperi berikut:

Pemohon perlu mengemukakan MyKad semasa membeli nombor PIN di BSN bagi mengelakkan berlakunya kesilapan nombor kad pengenalan. Kesilapan tersebut akan menyebabkan pemohon tidak boleh mengakses e-Borang.
Jika pemohon mewakilkan seseorang untuk membeli nombor PIN, salinan MyKad pemohon mesti dikemukakan oleh wakil tersebut kepada pihak BSN.
Sila pastikan slip pembayaran BSN dicetak dengan nombor kad pengenalan pemohon yang betul serta terdapat enam (6) digit nombor PIN setelah pembayaran dibuat.
Calon yang tidak berjaya atau calon yang berjaya tetapi tidak mendaftar bagi sesi sebelum ini, perlu memohon semula jika masih berminat untuk melanjutkan pengajian di Politeknik KPT.


No comments:

Post a Comment