Wednesday, September 12, 2012

Kem Rekreasi at Jeram Janggut (part 1)

Waa..lame da xhupdate blog..
Almaklumlah fizah kene utamakan tugas sebagai pelajar dulu..
Minggu nih xbape bz sgat da..bole la hupdate..

actuaaly fizah nak kongsi pengalaman fizah pi Jeram janggut..
Korang tak oayah nak google2 bagai..
memang takkan jumpe punyer.. (fizah da try da)
Ni sebenarnya untuk final hbu..Terpakse la pegi..
huhuuhu..wat muke reda jew la...
Tapiiii...best taw...dapat naek 4X4 car..
Alaa keta yang masok2 hutan uw..


Haaa..tula dy..Gamba nih time da nak sampai campsite..
Berhenti kat sini sebelum jalan kaki ke campsite..
Korang taw??Nak jalan kaki tuh amik mase dalam 45 minit..
tapi time balik kejap jew..Sebab kawasan bukit menjunan..
Nak naek uw memang berat..dengan backpacknye..
Menyesal bawak barang agak banyak..


Gamba nih time kitorang stop wat kali pertama..
Dorang nih pon teammate fizah and satu kete ngan fizah..
Okla ty fizah cite ag ae??Ty tentang at campsite pulak..



Saturday, July 28, 2012

Kasihnya ibu!!







Kisah ini diceritakan oleh cikgu Fizah masa Fizah sekolah.Masa tu form 3.Cikgu Fizah cakap ini kisah benar.Cikgu Fizah diamanahkan untuk menceritakan kisah ni kepada orang lain supaya dijadikan pengajaran.Kali ni Fizah ceritakan pada korang.Tapi mungkin ada yang Fizah tokok tambah sikit dan nama Fizah tuka sebab tak ingat sangat.


Mak Esah merupakan seorang ibu tunggal kematian suaminya.Dia mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Mira.Untuk menyara mereka berdua Mak Esah berniaga kecil - kecilan.Mak Esah berniaga kuih pada setiap pagi.


Mira merupakan seorang pelajar yang sangat pintar disekolahnya.Dia sering dijadikan contoh di dalam kelasnya.Untuk mengulang kaji pelajaran Mira sering keluar tak kira siang atau malam.Mak Esah tidak pernah melarang kemana Mira hendak pergi kerana dia terlalu percayakankan Mira.Namun begitu Mira merupakan seorang yang suka melawan kata - kata ibunya tapi tidak pernah dimarahi oleh ibunya.


Setelah tamat SPM dan tidak lama selepas itu keputusan SPM pun keluar.Mira telah mendapat keputusan yang cemerlang dengan mendapat straight A.Betapa bersyukurnya Mak Esah.Mak Esah gembira kerana dia yakin nasib keluarganya tidak lama lagi akan berubah.Dengan keputusan yang cemerlang itu Mira melanjutkan pelajaran ke unicersiti yang terkemuka di malaysia.Sepanjang belajar di sana Mira tidak pernah balik menjenguk ibunya.


Pada suatu hari, ketika sedang duduk di ruang tamu rumahnya, seorang posmen telah menghantar bungkusan kepada Mira.Oleh kerana Mira tidak ada dalam rumah pada ketika itu,Mak Esah meletakkan bungkusan itu dalam bilik anaknya sahaja.Dia tidak mahu membuka bungkusan milik Mira.Sehinggalah sepasukan polis telah datang kerumahnya.


Polis:Puan adakah Cik Noramira binti Isa tinggal disini?
Mak Esah:Ya,tapi kini dia sedang melanjutkan pelajaran.Saya ibunya.
Polis:Maaf Puan kami terpaksa mengeledah rumah puan kerana anak puan disyaki mengedar dadah.
        Kami mendapat maklumat satu bungkusan yang berisi dadah telah dihantar kesini.


Mereka telah mengeledah rumah mak Esah dan menjumpai bungkusan milik Mira.Terkejutlah Mak Esah namun Mak Esah menidakkan bungkusan itu milik Mira.Mak Esah telah mengaku sebenarnya bungkusan itu miliknya.Mak Esah telah diberkas dan dihantar ke penjara.


Mak Esah telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.Namun Mak Esah tetap tenang.Sepanjang Mak Esah tidak pernah sekalipun Mira datang menjenguk.Sepanjang didalam penjara Mak Esah telah diberikan seorang ustazah untuk mengajarnya agama sementara menunggu waktu digantung.Setiap hari Mak Esah akan menanyakan tentang anaknya kepada ustazah itu.Mak Esah sering meluahkan perasaannya pada ustazah itu.


Seminggu sebelum Mak Esah digantung Mira telah diberikan sepucuk surat.Mira telah diarah datang untuk menjenguk ibunya itu.Namun Mira tidak pernah datang menjenguk.Sehinggalah sehari sebelum digantung.


Mak Esah:Assalamualaikum.Anak mak sihat?
Mira:Mak.Mak tak payah nak tunjuk baik sangat.mak buat malu Mira aje.Mira tak sangka mak   sanggup jual dadah.Apa Mira nak cakap kat mertua Mira.Mira tak ibu macam mak.Mak bukan ibu Mira.Mira malu nak mengaku mak ibu Mira.Mira dah berkejaya mak.Tak kan Mira nak ngaku ibu Mira bakal digantung kerana jual dadah.
Mak Esah:Tak apalah Mira.


Mira terus keluar dari situ.Dan tibalah hari pengantungan Mak Esah.Mira tidak datang melihat Mak Esah.Setelah digantung mak Esah telah dikebumikan di kampungnya.Keika pengebumian itulah baru Mira datang.Dia telah membawa suaminya sekali.Tetapi dia tidak memberitahu suaminya bahawa yang meninggal itu ialah ibunya sendiri.


Namun suami Mira telah mendapat tahu juga melalui orang kampung yang datang.Bertapa marahnya suami Mira.Mira telah ditampar.


Khalid:Saya tak sangka masih ada anak seperti awak.Yang sanggup tidak mengaku ibunya.Walaupun ibu awak itu adalah pengedar dadah tapi dia tetap ibu awak.Maaf.Saya rasa saya tidak mampu bersama dengan awak lagi.Jika awak sanggup berbuat macam itu pada itu pada mak awak tidak mustahil awak akan bebuat begitu pada mak saya.
Mira:Maafkan saya.Saya betul2 menyesal.Saya janji saya tidak akan buat macam tu lagi.Mak maafkan Mira mak.Mira tahu Mira telah berdosa pada mak.
Khalid:Tak guna awak mneyesal.Mak awak dah meninggal dah pun.


Lalu Khalid pun meninggalkan Mira menanggis sendirian.


p/s:sorie la Fizah tak pandai bercerita.Ayat agak tunggang langgang.

Permohonan Uitm sesi 2 2012/2013





Permohonan online kemasukan ke UITM sesi akademik 2012/ 2013 kini sudah dibuka khas untuk calon lepasan SPM 2011. Kepada semua calon, anda digalakkan memohon UITM bagi mengikuti kursus yang anda minati.

Permohonan UITM untuk lepasan SPM 2011 dibuka pada 2 Julai dan tarikh tutup permohonan pada 26 Ogos 2012. Pastikan setiap calon membeli no pin permohonan online UITM di bank BSN sebelum membuat permohonan.

Setelah membeli no pin, sila layari laman web online.uitm.edu.my untuk memohon.Kalau korang nak semak kelayakan or kos2 yang ade gi dekat sini ea pengambilan uitm dan selangkah UITM..

Thursday, July 26, 2012

Permohonan Kemasukan Politeknik sesi Disember


Permohonan ke Program Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) Sesi Disember 2012 telah dibuka dan boleh dilakukan melalui aplikasi dalam talian (ON-LINE) dengan melayari laman web www.politeknik.edu.my mulai 8 Ogos 2011.
Untuk mengakses e-Borang, pemohon mesti mengisi nombor kad pengenalan dan nombor PIN.
Pemohon diminta membeli nombor PIN di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran seperi berikut:

Pemohon perlu mengemukakan MyKad semasa membeli nombor PIN di BSN bagi mengelakkan berlakunya kesilapan nombor kad pengenalan. Kesilapan tersebut akan menyebabkan pemohon tidak boleh mengakses e-Borang.
Jika pemohon mewakilkan seseorang untuk membeli nombor PIN, salinan MyKad pemohon mesti dikemukakan oleh wakil tersebut kepada pihak BSN.
Sila pastikan slip pembayaran BSN dicetak dengan nombor kad pengenalan pemohon yang betul serta terdapat enam (6) digit nombor PIN setelah pembayaran dibuat.
Calon yang tidak berjaya atau calon yang berjaya tetapi tidak mendaftar bagi sesi sebelum ini, perlu memohon semula jika masih berminat untuk melanjutkan pengajian di Politeknik KPT.


Cinta Awek Dan Pakwe

Sinopsis


  

 PERCINTAAN di antara Noah Zuhairi dan Didi Dania terputik di sebalik rasa egois masing-masing. Masakan Didi Dania ingin meluahkan? Itu seperti perigi mencari timba. Noah Zuhairi mahu kata ‘aku cinta padamu’ pada Didi Dania? Dia bukan ‘mat jiwang’. Dia Mat Rock! Bila Juliana dan Razy Radin mula masuk dalam episod cinta mereka, cinta Didi Dania untuk Noah Zuhairi semakin menjauh. Didi Dania merasakan dia hanya bertepuk sebelah tangan. Dia memilih untuk menerima dari terus mengharap pada sesuatu yang tiada. Apakah cinta di antara Noah Zuhairi dan Didi Dania bisa bersatu? Hanya keikhlasan yang mampu menyatukan cinta mereka.








"Cintailah insan yang mecintai kita kerana insan yang kita cintai belum tentu mencintai kita seperti kita mencintainya. Tetapi , apakah cinta insan yang kita cintai ada untuk kita? Keikhlasan dan ketulusan cinta adalah kunci kebahagiaan,"~ Didi Dania


"Hidup tidak pernah lari dari harus membuat pilihan. Bila harus memilih, kita terpaksa mengorbankan salah satu pilihan yang ada. Tidak semua apa yang kita inginkan di dunia bisa dimiliki."~ Noah Zuhairi.


"Kadangkala, memaafkan itu lebih memberi balasan yang indah dari terus berdendam."~Razy Radin

"Saya tahu awak masih belum boleh terima saya lagi. Tapi sampai bila? Sampai bila awak mahu mnegeraskanhati awak untuk menerima saya? Dua minggu lagi kita akan disatukan dengan ikatan yang sah.
Awak akan jadi suamin sayan. Samapi bila penyisihan ini kan berlaku? Awak nak ceraikan saya selepas majlis itu. Macam tu kew?"~ Juliana

Tutorial ~ Letak salji pada blog 2

Hari tu fizah dah tunjukkan letak salji dalam blogkan??
Kalau korang tak tengok lagi boleh la pergi sini..
Kali nih fizah akan ajarkan letak salji dalam blog cara 2..
Salji dia berbeza sedikit berbanding yang pertama..

1)Log in blog > Design > Add a gadget > Html / Javascript

2)Copy salah satu link kat bawah

Salji putih

<script type="text/javascript" src="https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/snowwhite.js"></script>

Salji hitam

<script type="text/javascript" src="https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/snowblack.js"></script>

Salji purple

<script type="text/javascript" src="https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/snowpurple.js"></script>

Salji biru

<script type="text/javascript" src="https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/snowblue.js"></script>

Salji merah

<script type="text/javascript" src="https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/snowred.js"></script>

3) Klik save dan tengok la hasilnya.

p/s:pilih ikut sesuai background korang ea..

Tutorial ~ Letak salji pada blog

Assalamualaikum..
Hari nih fizah nak bagi tutorial cara nak letakkan salji dalam blog..

1) Log in blog > design >Add gadget > Html / java script
2)Korang copy salah satu kod kat bawah

Untuk salji putih

<script type="text/javascript" src="http://www.yourjavascript.com/14104214083/snow-white.js"></script> 

Untuk salji hitam

<script type="text/javascript" src="http://www.yourjavascript.com/03441140321/snow-black.js"></script> 

3)Then klik save dan korang bolehlah tengok hasilnya ia

p/s:nak pilih salji kena la tengok warna background anda ea??Pilih yang sesuai..